Dua maut nahas kereta terbabas



SUBANG: Dua lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19.4 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Taman Bandar Sunway, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.30 pagi tadi.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang terbabas di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beliau berkata, terdapat dua mangsa iaitu Shahdad Idzham Roslee, 21, dengan seorang lelaki yang tiada dokumen pengenalan diri dianggarkan berusia 20-an yang tersepit di bahagian hadapan MPV berkenaan.

“Anggota bertugas kemudian memotong bahagian pintu kenderaan itu menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan mangsa.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

BHOnline





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker