Al Hilal mara ke final Piala Dunia Kelab

Tangiers, Maghribi: Salem Al-Dawsari menyempurnakan dua sepakan penalti untuk membawa Al Hilal mara ke final Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Flamengo 3-2 hujung minggu ini di Maghribi.

Pasukan dari Arab Saudi itu akan menentang pemenang dalam satu lagi separuh akhir sama ada juara Eropah Real Madrid atau Al Ahly dari Mesir.

Tendangan penalti pertama Al-Dawsari disempurnakan pada minit keempat selepas Luciano Vietto dikasari pertahanan kanan Flamengo, Matheuzinho.



Penyerang Arab Saudi itu menjadi pemain pertama menjaringkan gol menentang lawan yang sama dalam dua edisi Piala Dunia Kelab selepas turut menjaringkan gol ketika menentang Brazil pada 2019.

Pasukan lawan menyamakan kedudukan 60 minit kemudian apabila penyerang Pedro melakukan percubaannya buat kali pertama mengatasi penjaga gol Abdullah Al Muaiouf, 36 tahun.

Penalti kedua Al-Dawsari hadir sembilan minit sebelum masa kecederaan separuh masa pertama selepas Vietto dijatuhkan oleh bekas pemain tengah Marseille, Gerson.



Berbaki 20 minit permainan, Al Hilal semakin hampir ke final apabila Vietto menjaringkan gol hasil hantaran Al-Dawsari.

Dalam enam minit masa tambahan, Pedro mengurangkan defisit dengan tampanan mudah ke gawang tetapi ia belum cukup untuk mencipta kebangkitan buat juara Copa Libertadores itu.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading