Hampir 2,000 mangsa banjir di Kelantan
Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,943 mangsa daripada 606 keluarga, sehingga 9 pagi ini.
Laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my melaporkan, kesemua mangsa ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.
Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras bahaya dengan bacaan 9.41 meter (m) berbanding paras normal, 5 meter(m).
Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula di melepasi paras amaran iaitu 2.19 m berbanding paras normal 0.7 m.