Budak maut, bapa saudara parah motosikal langgar lori dipandu lelaki positif dadah
Budak maut, bapa saudara parah motosikal langgar lori dipandu lelaki positif dadah

LANGKAWI: Budak lelaki berusia 11 tahun maut apabila motosikal dinaiki bersama bapa saudaranya melanggar sebuah lori tanah keluar dari simpang di Jalan Chandek Kura, di sini.
Nahas yang dilaporkan kepada polis jam 5.16 petang semalam itu turut menyebabkan bapa saudara kanak-kanak berkenaan parah.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata mangsa maut dikenal pasti sebagai Muhammad Wassim Dayyan Amyrul Amry, 11, dari Kampung Bukit Tangga, manakala bapa saudaranya, Mohamad Iqmal Noor Din, 25, dari Kampung Padang Wahid.
“Kejadian dipercayai apabila lori dari arah Jalan Batu Belah Batu Bertangkup keluar dari simpang untuk masuk ke Jalan Chandekura. Masa sama, datang motosikal dinaiki dua mangsa dari arah Kuah menghala ke Kampung Chandek Kura,” katanya.
Motosikal dinaiki mereka tidak sempat mengelak lalu melanggar tepi belakang sebelah kanan lori sebelum terperosok ke bawah kenderaan berat berkenaan.
Akibatnya, penunggang motosikal parah pada kepala dan bahu masih dirawat, manakala pembonceng meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha (HSM).
“Pemandu lori berusia 52 tahun telah ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis ganja (THC),” kata Shariman.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian.
Budak maut, bapa saudara parah motosikal langgar lori dipandu lelaki positif dadah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rasuah KFA: SPRM Panggil Sanusi
- Antara Dr Samsuri dan Muhyiddin, siapa layak jadi PM 11?
- Penyokong PN, Mahathir berjaya ‘dibodohkan’ oleh 3 blogger
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :