Penyokong PN, Mahathir berjaya ‘dibodohkan’ oleh 3 blogger

Oleh – Bakhtiar Omar


Penyokong PN, Mahathir berjaya 'dibodohkan' oleh 3 blogger

3 orang ‘blogger’ telah berjaya ‘membodohkan’ para penyokong PN (Perikatan Nasional) dan penyokong Mahathir dengan cerita tumbangnya kerajaan sekarang.



Dikenali sebagai ‘Papagomo’, ‘Parpukari’ dan Raja Petra, naratif 3 individu ini diolah dengan begitu baik sehingga para penyokong mempercayai apa sahaja yang dikatakan mereka.

Menerusi platform di TikTok, 3 individu ini membuat kira-kira serta jalan cerita kononnya Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri sudah tumbang kerana hilang sokongan ahli parlimen.

Naratif yang kononnya kerajaan akan tumbang sejak Ogos 2023 dibawa hingga 2024 sehingga menyebabkan penyokong sudah mulai merasakan agak pelik kerana kerajaan masih belum bertukar sebagaimana dicanangkan 3 blogger itu.

Walau demikian, penyokong 3 blogger ini masih mempercayai apa sahaja yang dikatakan biarpun tiada tanda-tanda akan berlaku pertukaran kerajaan dalam waktu terdekat.



Lebih menarik apabila Istana Negara telah menyatakan tidak akan mencampuri urusan pentadbiran negara, manakala bakal DYMM Agong, DYMM Sultan Johor pula bertitah Baginda tidak akan menerima mana-mana parti politik untuk mengadap Baginda sehingga 31 Januari 2024.

Penyokong PN, Mahathir berjaya 'dibodohkan' oleh 3 blogger

SENANG-SENANG 3 BLOGGER ‘KENCINGKAN’ PENGIKUT

Salah seorang blogger yang melarikan diri ke Manchester telah membuka ‘pekung’ di dada apabila menaikmuat satu hantara video menyatakan kononnya salinan SD yang ditunjukkan dalam video sebelum ini hanyalah acah-acah.

Kredibiliti beliau sebagai seorang yang sering mendapat ‘first information from the oven’ telah tercemar apabila tidak boleh memberikan senarai nama ahli parlimen yang menyokong pertukaran kerajaan.



Cubaan untuk menutup malu sudah terlambat bila sehingga hari ini, kerajaan masih belum bertukar malah tiada seorang pun ahli parlimen tampil untuk menarik sokongan terhadap Anwar Ibrahim.

Begitu juga dengan 2 orang blogger lagi. Salah seorang dari 2 individu itu baru didakwa di Mahkamah di bawah Akta Hasutan. Kredibiliti mereka juga kini sudah menjadi alas kaki bila tarikh-tarikh ‘ramalan’ kejatuhan Kerajaan masih tidak menjadi.

Salah seorang blogger tersebut kini menggunakan imej acah-acah Islamik bagi meyakinkan pengikutnya walau tahu naratif yang dibuat hanyalah dongengan sahaja.

SIAPA ‘PAYMASTER’ DAN BERAPA ‘BAYARAN’ YANG DITERIMA?

Timbul juga persoalan adakah 3 blogger ini menerima sebarang upah dalam bentuk ‘bayaran’ dan siapa ‘paymaster’ mereka?



Jika mereka benar-benar telus, eloklah jika mereka menjawap persoalan tersebut sekaligus menolak sebarang andaian atau spekulasi berkait ‘bayaran’.

Dengan gaya hidup yang boleh dikatakan serba mewah 3 blogger ini, agak mustahil untuk dipercayai mereka ‘bekerja’ secara percuma dan hanya berharap ‘gift’ dari TikTok yang kemudiannya ditukarkan kepada wang tunai.

Mungkin pihak SPRM serta LHDN ‘berminat’ untuk menyiasat sumber kewangan 2 blogger yang masih tinggal di Malaysia manakala seorang lagi blogger memang dikenali sebagai pelarian di England.

Kegagalan ‘Kartel Tun’ di belakang KUDETA ‘Dubai’



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading