Minta cerai tidak tahan suami suka memancing

Beijing: Seorang wanita di China nekad berpisah dengan suaminya selepas 10 tahun berkahwin kerana tidak tahan dengan tabiat lelaki itu yang ketagih memancing hingga melebihkan hobi itu daripada keluarga.

Oddity Central melaporkan, wanita dikenali Zhang memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rakyat Daerah Juye dekat wilayah Shandong.

Menurut Zhang, hobi suaminya menyebabkan dia terpaksa menguruskan semua kerja rumah dan dua anak mereka sendiri manakala suaminya ‘goyang kaki’ di sofa sambil melihat telefon pintar seterusnya keluar memancing bersama rakan selepas makan malam setiap petang.



Zhang berulang kali meminta suaminya meluangkan lebih banyak masa bersamanya dan anak berbanding rakan memancing.

Namun, permintaannya tidak diendahkan menyebabkan Zhang nekad meneruskan perceraian kerana menganggap itu jalan terakhir buatnya.

“Saya bangun sebelum jam 6 pagi setiap pagi untuk menyediakan sarapan kemudian menghantar anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja.

“Setiap hari saya yang mencuci pinggan, mengemas rumah, mengambil anak dari sekolah dan membantu mereka membuat kerja rumah… Saya letih.



“Suami pula bangun selepas saya menyediakan sarapan, selepas balik kerja, dia hanya berbaring di atas sofa dan bermain dengan telefon bimbitnya.

“Selepas makan malam, dia terus keluar untuk memancing, dan sering menghabiskan sepanjang malam memancing,” jelas Zhang dalam alasan tuntutan perceraiannya di mahkamah.

Bosan dengan rungutan isterinya, lelaki yang bernama Sun, bersetuju untuk berpisah.

Selepas sesi mediasi antara pasangan terbabit gagal, hakim meluluskan permohonan cerai mereka.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading