Video “Suruh datang bawa telur saja”- penyokong Pakatan Harapan

 

Seorang penyokong Pakatan Harapan mengkritik pimpinan PH Pusat kerana tiada seorang pun pimpinan atasan turun ke kawasan banjir di Johor.

Dalam rakaman video yang dinaikmuat ke media sosial, penyokong tersebut mempersoalkan dimanakah kepimpinan DAP, PKR dan AMANAH yang sepatutnya hadir memberi sokongan moral kepada mangsa banjir terutama penyokong mereka.



Beliau mengingatkan di Segamat ada 2 Parlimen dan 6 DUN yang merupakan kawasan Pakatan Harapan.

“kita menang 2 parlimen dan 6 Dun…tapi sekor (pimpinan PH) pun tak turun”

Jelas sekali kekecewaan penyokong PH di Johor sudah tidak dapat dibendung sehingga beliau membuat video berkenaan.



Apa Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu akan jawap kepada penyokong mereka berkaitan video ini?

Mungkin ini sebahagian tanda Pakatan Harapan akan hilang pengaruh terus dari Johor dan akan di’kubur’kan penyokong mereka sendiri menjelang PRU15.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button