Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Zeti tidak pernah 'masak sup', hanya 'hirup sup'.

Kisah hubungan baik Tan Sri Zeti Aziz dengan ahli perniagaan Jho Low tidak seperti kisah Joanna Yu. Zeti tidak menawarkan diri untuk ‘memasak sup’, sebaliknya Zeti hanya ‘hirup sup’ yang terhidang.



Mungkinkah perkataan ‘Sup’ merupakan bahasa kod rahsia untuk penerimaan wang dari Jho Low dan hanya diguna pakai oleh individu tertentu sahaja?

Ini berikutan dakwaan keluarga Zeti menerima sejumlah wang 1MDB dari Jho Low. Walaupun ada penafian mengenai dakwaan tersebut, kenyataan dari pihak berkuasa Singapura pula berbeza.

“Kita ada saksi melibatkan mereka daripada pihak bank. Saksi semua bersetuju untuk memberi kerjasama. Cuma mungkin (selepas) kita sampai sana nanti, (mungkin) ada tambahan-tambahan (saksi), bergantung kepada keadaan,” – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Din – 24/3/2022 – FMT

Zeti, saksi utama kes 1MDB masih tidak menghadirkan diri ke Mahkamah bagi disoal balas pasukan Peguam Najib Razak. Beliau dikatakan mendapat ‘cuti sakit’ kerana muntah, demam dan sakit kepala. 



Baca – Zeti ‘cuti sakit’

 

Mengejutkan sekali apabila Zeti nampak begitu kebal dari Mahkamah kerana masih berjaya mengelakkan diri dari menjadi saksi kes.

Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan jumlah wang yang diterima Zeti dari skandal 1MDB dan diberikan oleh Jho Low kepada keluarga Zeti.



Apa yang menjadi persoalan, mengapa Zeti begitu khuatir hadir ke Mahkamah jika beliau yakin tidak melakukan sebarang kesalahan atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam skandal 1MDB?

Tommy Thomas sendiri mengesahkan Zeti merupakan antara individu yang memang terlibat dengan Jho Low dan 1MDB.

 

 



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button