Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN

Mula-mula NGO, lama-lama Parti Politik

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN



Annuar Musa dilihat hanya mengikut skrip Mahathir ketika menubuhkan Gabungan Tanah Air, ketika mengumumkan permohonan kemasukan ahli ke NGO MN.

Sepertimana penubuhan GTA, ia bermula dari gabungan NGO serta parti politik yang hanya mahu mencari populariti serta pengaruh.

Akhirnya GTA yang bermula dengan gabungan NGO kini bernaung di bawah logo PEJUANG dan bertanding dalam PRU15.

Malangnya, Mahathir sendiri kalah dan hilang deposit dalam PRU15.



DEWAN TERTINGGI MN HANYA UNTUK PERSEDIAAN PERALIHAN?

Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN

Jika dilihat komposisi MN, ia saling tidak ubah seperti sebuah parti politik dengan wujudnya Dewan Tertinggi Muafakat Nasional serta jawatan-jawatan yang menyami pergerakan politik.

Mungkinankah Annuar Musa mengambil nasihat dari Mahathir untuk memulakan satu gerakan dengan berselindung dibelakang bayangan NGO? 

Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN



Taktik Mahathir dalam politik sangat licik dan ini disedari Annuar Musa. Bagi menandingi kelicikan Mahathir dalam berpolitik amat sukar tetapi untuk mendapatkan pandangan serta nasihat bagaimana mahu menjadi ‘operator’ yang baik untuk berpolitik, Mahathirlah orangnya yang perlu dirujuk.

Mengimbau semula matlamat asal dan asas penubuhan Muafakat Nasional, ia sepatutnya telah lama berlaku, namun disebabkan beberapa perkara berkait teknikal, ia tidak dapat ditubuhkan oleh Umno dan PAS.

Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN

Ini kerana nama Muafakat Nasional itu sendiri telah didaftarkan lebih awal sebagai NGO oleh seorang individu yang tidak dikenali.



Siapakah individu tersebut? Masih misteri sehingga hari ini. Namun, carian dalam WIKIPEDIA mendapati Muafakat Nasional adalah hasil cetusan kerjasama Umno dan Pas.

ANNUAR MUSA HILANG ‘INGATAN’?

 

 

Semalam, Annuar Musa menyatakan beliau difitnah dengan dakwaan beliau kuat menyokong Muhyiddin kerana bekas PM itu membantu Umno Sabah dari sudut kewangan.



Berbeza dengan pengakuan Annuar Musa dalam sebuah lagi video yang disiarkan sebuah portal di mana beliau mengaku masuk ke bilik tidur Muhyiddin.

Samada beliau ‘hilang ingatan’ atau mengikut cara Mahathir dalam membuat penafian menggunakan ayat “saya tak tau”.

Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN

 



 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button