Pelajar Tingkatan Lima ditahan bersama 1,000 pil kuda

Pelajar Tingkatan Lima ditahan bersama 1,000 pil kuda

Pelajar Tingkatan Lima ditahan bersama 1,000 pil kuda
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun bersama pegawainya menunjukkan rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM939,330.27 dalam serbuan du tiga lokasi pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Dua lelaki termasuk seorang pelajar Tingkatan Lima yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah ditahan polis dalam serbuan di tepi jalan di Taman Sri Kota, Pasir Pekan, Tumpat, dekat sini.

Serbuan petang Isnin lalu itu menemukan 1,060 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM11,660 yang disimpan dalam beg silang serta poket seluar.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata dua lelaki berusia 26 dan 17 tahun itu ditahan ketika duduk di atas sebuah motosikal di tepi sebuah kedai makan dipercayai menunggu pelanggan.



“Pemeriksaan lanjut dibuat dalam beg silang menemui 60 biji pil kuda manakala dalam poket seluar yang dipakai pelajar itu pula sebanyak 1,000 biji pil yang sama dijumpai dan nilai keseluruhannya dianggarkan RM11,660.

“Suspek yang berusia 26 tahun adalah penganggur dan memiliki tiga rekod lampau atas kesalahan dadah manakala ujian saringan pula mendapati kedua-dua mereka negatif dadah,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar




Muhamad Zaki berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 7 Ogos ini untuk siasatan lanjut termasuk bagi mengetahui sama ada pelajar itu terbabit secara langsung atau menerima upah untuk ‘menjaga line’ ketika urus niaga berlangsung.

Beliau menasihatkan ibu bapa atau guru bagi mengawasi perubahan tingkah laku pelajar di sekolah termasuk dari segi perwatakan serta penampilan.

“Jika pelajar itu dilihat berpenampilan hebat atau mewah atau luar biasa, mungkin ada sesuatu contohnya terbabit dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata, seramai 369 ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun (AR) 1952 sepanjang Op Tapis yang dilancarkan bermula 26 Julai lalu sehingga semalam.



Beliau berkata, daripada penahanan itu, sebanyak 309 kesalahan dikesan membabitkan mereka yang berusia antara 14 hingga 57 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu


“Pelbagai jenis dadah berjaya dirampas yang dianggarkan bernilai RM939,330.27 manakala sitaan pula membabitkan RM33,000,” katanya.



Dalam operasi sama, dua lelaki termasuk seorang warga Thailand ditahan dengan rampasan 60,000 pil kuda bernilai RM660,000 dalam sebuah kereta di Bukit Tuku, Pasir Mas.

Muhamad Zaki berkata, tangkapan yang dibuat jam 6.35 petang Khamis lalu itu membabitkan dua suspek yang juga penganggur berusia 29 dan 30 tahun dengan seorang daripadanya memiliki tujuh rekod lampai bersabit dadah.

“Mereka ditahan reman selama seminggu bermula 4 hingga 10 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.

Pelajar Tingkatan Lima ditahan bersama 1,000 pil kuda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button