Rashford mahu kekal di Manchester United

 

Oleh Pena Merah

Rashford mahu kekal di Manchester United
RASHFORD dikatakan lebih berminat kekal di Old Trafford daripada menyertai PSG pada musim depan

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford dikatakan menolak peluang untuk berhijrah me­nyertai Paris Saint-Germain (PSG), sebaliknya mahu kekal bersama The Red Devils bagi musim ­seterusnya.

Keputusan penyerang berusia 26 tahun itu memberikan tamparan hebat kepada PSG selepas menjadikan Rashford sebagai pemain paling berpotensi untuk menggantikan Kylian Mbappe yang dikatakan bakal menyertai Real Madrid.

Walaupun United bersedia untuk melepaskan ramai bintang seperti Jadon Sancho dan Antony, tetapi Rashford dilihat sebagai kekuatan serta aset utama pasukan kendalian Erik Ten Hag itu untuk beberapa musim akan datang.

Kini, penyerang England itu akan memainkan peranan pen­ting selain menjadi nadi pasukan di Old Trafford yang dalam fasa ‘merevolusikan’ pasukan dengan bergandingan bersama Rasmus Hojlund di barisan serangan.

Dalam pada itu, Rashford sudah mula menunjukkan prestasi yang baik dengan memberikan komitmen sepenuhnya untuk kelab dan bertekad untuk meng­akhiri musim dengan ledakan gol yang ­banyak.

Buat masa ini, Rashford sudah berjaya meledak tujuh gol dan jumlah tersebut dijangka mampu meningkat dalam baki lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ini.

Kini, Rashford mengalihkan fokusnya bersama England bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Brazil dan Belgium di Wembley dijadualkan pada 24 serta 27 Mac ini. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker