Mesyuarat tergempar MKT Umno malam ini?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Mesyuarat tergempar MKT Umno malam ini?

MKT Umno dijangka akan membuat mesyuarat tergempar malam ini bagi mengabsahkan tindakan tatatertib ke atas beberapa individu.



Ini berikutan kegiatan mereka yang berkempen untuk pihak lain semasa kempen PRU15 dijalankan.

Dipercayai individu-individu tersebut secara diam-diam mengajak ahli Umno untuk menolak calon yang dinamakan dan mahu undi diberikan kepada pihak lain sebagai tanda protes.

Mereka yang terlibat dalam melakukan sabotaj sudah dikenalpasti dengan bukti yang cukup dan telah melanggar perlembagaan parti.

Terdapat juga beberapa nama besar yang turut dipertimbangkan untuk tindakan tatatertib kerana bertindak diluar pengetahuan parti dan usaha membawa sokongan yang belum diputuskan parti kepada pihak lain.



Usaha mendapatkan maklumat sahih masih belum berjaya kerana keputusan akan melibatkan kepentingan parti.

Sebarang maklumat lanjut akan menyusul selepas mendapat pengesahan kesahihan.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button