SofyanK kagumkan Zack King, ungguli cabaran di Los Angeles

KUALA LUMPUR: Nama Mohamad Sofian Abdullah tidak asing lagi dalam industri seni video kreatif yang semakin mendapat perhatian dunia.

Lebih dikenali sebagai SofyanK, dia kembali menjadi sebutan dunia video kreatif apabila beliau memenangi pertandingan ‘Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month’ di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), anjuran pencipta video digital terkenal, Zach King.

Dalam video di Youtube, King berkata, dia menerbangkan tiga pencipta video kreatif terbaik yang pernah memenangi anugerah ‘Magic of the Month,’ juga anjurannya.

Selain SofyanK, dua lagi peserta adalah Eva dari Netherlands dan Brandon dari United Kingdom.

Pada pertandingan akhir, peserta mengharungi beberapa cabaran, antaranya mendapatkan kesemua peralatan teknikal yang diperlukan untuk proses rakaman dan suntingan video.

Ketika berdepan cabaran ‘Face your fear’, yang memerlukan peserta memasukkan kepala dalam bekas lutsinar diisi serangga serta ular selama 60 saat, SofyanK berkata, dia mahu membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia kuat dan mampu menghadapi cabaran.

Dia turut berharap rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaannya.

King memuji kebolehan SofyanK dalam aspek penceritaan dan kesan videl atau ‘visual effect (VFX), sambil berharap SofyanK terus mencipta video kreatif pada masa depan.

SofyanK sering kali mendapat perhatian netizen kerana menghasilkan video-video kreatif yang dikongsi di laman instagramya.

Dia juga pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal, Will Smith memuat naik semula video yang disuntingnya.

Selain itu, SofyanK pernah merakam kandungan bersama Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror).

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker