Pasukan Khas Pertahanan Awam, APM bantu operasi menyelamat
KUALA LUMPUR: Usaha mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Batang Kali, dalam kejadian awal pagi ini
sedang giat dijalankan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kepada Bernama TV, pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Hulu Selangor turut bersama membantu pasukan keselamatan dalam operasi mencari dan menyelamat itu.
Setakat ini, 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap dalam insiden tanah runtuh itu.
Sementara itu, laman Facebook Korporat JBPM yang memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor susulan insiden membabitkan 79 mangsa kira-kira jam 2.20 pagi tadi.
“Maklumat dikemas kini setakat jam 7 pagi tadi, sejumlah 79 mangsa berada di tapak perkhemahan terbabit kejadian runtuhan, dengan 23 daripadanya selamat.
“Sehingga kini, dua mangsa disahkan meninggal dunia, dengan tiga cedera dan 51 yang lain masih belum ditemui.
“Maklumat dikemas kini setakat jam 7 pagi tadi, sejumlah 79 mangsa berada di tapak perkhemahan terbabit kejadian runtuhan, dengan 23 daripadanya selamat.
“Sehingga kini, dua mangsa disahkan meninggal dunia, dengan tiga cedera dan 51 yang lain masih belum ditemui, ” katanya.
BHOnline