Ingkar PKPB, pusat hiburan tiada lesen diserbu


ACP Nik Ezanee Mohd Faisal (Gambar fail)

27/12/2020 06:30 PM

KUALA LUMPUR, 27 Dis — Sebuah pusat hiburan di PJU 7/3, Petaling Jaya yang beroperasi tanpa lesen diserbu sepasukan anggota polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata seramai 17 pelanggan terdiri daripada 13 lelaki dan empat wanita sedang leka berhibur termasuk minum minuman keras ketika serbuan kira-kira 11 malam itu.



Menurutnya semakan mendapati premis tersebut melakukan kesalahan dengan membuka premis hiburan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selain tidak mempunyai lesen pusat hiburan dan lesen menjual minuman keras.

Polis merampas 13 botol arak pelbagai jenama dan peralatan audio serta semua pelanggan termasuk pemilik premis dikenakan kompaun, katanya dalam satu kenyataan hari ini. .

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHDTTH) 1998, Seksyen 76 Akta Eksais 1976 serta Seksyen 3 dan 11(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button