Pekerja seks lelaki bunuh ‘kekasih’

Pekerja seks lelaki bunuh ‘kekasih’

Pekerja seks lelaki bunuh 'kekasih'
JOSE Henrique Aguiar Soares. FOTO Agensi

Brasilia: Seorang pelacur lelaki membunuh ‘kekasihnya’ ditangkap selepas kakitangan bank ternampak tangan suspek memegang kepala mangsa ketika mahu mengesahkan pemindahan wang secara dalam talian.

Metro UK melaporkan, Jose Henrique Aguiar Soares, 22, didakwa membunuh lelaki berusia 64 tahun itu selepas pergi ke rumah mangsa dekat wilayah Setor Oeste di Goiania, Goias, Brazil, pada 25 September lalu.

Dia kemudian didakwa menggunakan telefon mangsa dan mencuba mengakses perbankan dalam talian milik lelaki itu yang juga seorang arkitek.



Ketika melakukan pengecaman muka untuk memindahkan wang dari akaun bank mangsa ke akaunnya, dia bertindak memegang kepala lelaki itu.

Pemindahan itu berjaya tetapi ia menimbulkan syak apabila jabatan keselamatan bank melihat gambar digunakan untuk pengecaman muka menunjukkan ada tangan pada kepala pemilik akaun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Susulan itu, polis bergegas ke rumah pemilik akaun berkenaan sebelum menemukan mayat mangsa dalam keadaan seolah-olah membunuh diri.

Bagaimanapun, pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Soares meninggalkan bangunan itu pada 5 pagi, hari kejadian.

Menerusi rakaman sama, lelaki itu dilihat membawa beg pakaian.

Dia ditangkap ketika kembali ke kediaman itu. Rancangannya adalah kononnya menemui mayat mangsa.



Polis berkata, Soares pada mulanya memberikan nama palsu sebelum mengaku melakukan pembunuhan itu.

Selepas soal siasat, polis mendapat tahu identiti Soares dan mendapati suspek dikehendaki kerana jenayah kewangan lain.

Soareas kini dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

Pekerja seks lelaki bunuh ‘kekasih’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading