Barca, United mahu sahkan status sebenar

BARCELONA: Barcelona akan menanti kehadiran Manchester United awal pagi Jumaat ini dalam pertembungan yang sudah dua kali menghiasi perlawanan akhir Liga Juara-Juara tetapi minggu ini agak memalukan berlaku dalam pusingan play-off Liga Europa.

Skuad dari Catalan itu tersingkir daripada kejohanan utama Eropah pada halangan pertama ketika Manchester United menamatkan aksi selaku pasukan tangga kedua peringkat kumpulan Liga Europa menyebabkan kedua-duanya bertemu sesama sendiri.

Walaupun status tinggi dimiliki kedua-duanya pasukan pernah bergelar gergasi itu, mereka antara pasukan paling meningkat dan berada di tahap prestasi terbaik di benua berkenaan.



Barcelona dan Manchester United kedua-duanya sedang dibina oleh jurulatih hebat iaitu Erik ten Hag dan Xavi Hernandez yang menyasarkan untuk segera kembali ke pentas elit Eropah.

Pasukan itu kali terakhir bertemu pada 2019 ketika United menurun selepas pemergian Sir Alex Ferguson manakala kemerosotan Barcelona baharu bermula.

Juara lima kali Liga Juara-Juara, Barca menang 4-0 pada aksi suku akhir itu secara agregat, namun pemain tunggal yang mungkin akan dihadapi United dekat Camp Nou ialah penjaga gol, Andre ter Stegen.

Sejak itu Barcelona sudah mengubah keseluruhan skuad dengan perbelanjaan mereka musim panas lalu mencetuskan kritikan selepas tersingkir ke Liga Europa.



Robert Lewandowski adalah penyerang berbahaya ditandatangani skuad Catalan itu manakala Jules Kounde dan Andreas Christensen sudah mengesahkan status mereka sebagai kunci utama pertahanan antara terbaik di Eropah.

Barcelona hanya melepaskan tujuh gol dalam La Liga musim ini, mencatat 16 aksi tanpa bolos dalam 21 perlawanan dan skuad kendalian Xavi tidak tewas dalam 16 perlawanan membabitkan semua kejohanan.

Xavi mengambil alih pasukan November tahun lalu dan mengetuai pasukan dari pertengahan ke kedudukan kedua liga.

“Sudah lebih setahun sejak Xavi datang dan banyak perkara sudah berubah, mungkinn juga mentaliti dan cara kami bertahan,” kata Ter Stegen minggu ini.



“(Xavi) ada perancangan, mungkin ia mengambil masa lebih lama berbanding jangkaan, tapi anda lihat keputusannya selangkah demi selangkah. Kami ada idea yang lebih baik untuk melakukannya di padang dan ini adalah kunci kejayaan.”

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button