Terbukti Anwar Memiliki Sokongan Majoriti Ahli Dewan Rakyat
Terbukti Anwar Memiliki Sokongan Majoriti Ahli Dewan Rakyat
Hari pertama persidangan Dewan Rakyat ke 15 mendapat perhatian bukan sahaja dari rakyat Malaysia, malah seluruh dunia.
Antara usul yang dikatakan mendapat perhatian adalah usul perlantikan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, usul undi percaya terhadap Anwar Ibrahim dan pembentangan mini bajet 2023.
Usul perlantikan Yang Di Pertua Dewan Rakyat adalah usul pertama yang dikemukakan dan diputuskan melalui undi ahli Dewan Rakyat.
Dalam undian yang dijalankan, Johari Abdul yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim mendapat 147 undi dari ahli Dewan Rakyat.
Manakala pencabar beliau dari Perikatan Nasional, Mohd Radzi Syeikh Ahmad cuma mendapat 74 undi dari ahli Dewan Rakyat.
Baca di sini:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1041234/johari-abdul-speaker-baharu-dewan-rakyat
Seorang ahli Dewan Rakyat yang juga merupakan Timb Menteri Ekonomi tidak dapat mengundi kerana hadir selepas undian dijalkankan.
Beliau adalah ahli parlimen Mukah, Hanifah Hajar Taib.
Baca di sini:
https://mediavariasi.com/2022/12/mp-mukah-terlepas-peluang-undi-speaker-dewan-rakyat/
Usul Undi Percaya Di Luluskan Tanpa Undian
Usul kedua yang dinantikan adalah usul undi percaya terhadap ahli parlimen Tambun, Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri.
Namun begitu, usul tersebut telah diluluskan dengan hanya persetujuan suara majoriti suara ahli Dewan Rakyat yang bersetuju.
Keabsahan sokongan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sering dipertikaikan oleh pembangkang dalam polemik politik mereka.
Namun begitu, Perikatan Nasional tidak meminta supaya undia belah bahagi dilakukan untuk meluluskan usul tersebut.
Dalam perbahasan beberapa ahli Dewan Rakyat dari pembangkang juga dilihat menganggap usul tersebut sudah bersifat akademik kerana Anwar sudah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
Dalam 2 usul yang diluluskan di dalam Dewan Rakyat semalam, dakwaan Perikatan Nasional bahawa mereka mempunyai sokongan 115 ahli Dewan Rakyat adalah satu penipuan.
Hakikatnya, Perikatan Nasional hanya mempunyai sokongan dari 74 orang ahli Dewan Rakyat sahaja.
Dan dakwaan Kerajaan Perpaduan bahawa mereka mempunyai sokongan 148 ahli Dewan Rakyat atau 2/3 majoriti sokongan adalah fakta.
Jadi, Perikatan Nasional mesti menerima fakta bahawa calon perdana menteri mereka, Muhyiddin Yasin hanya mendapat sokongan dari 74 orang ahli Dewan Rakyat.
Terbukti Anwar Memiliki Sokongan Majoriti Ahli Dewan Rakyat
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Kes SRC Mesti Di Bicarakan Semula Dan Hakim Nazlan Mesti Di Dakwa
- UMNO Mesti Menjadi Sebuah Parti Yang Bersifat Inklusif, Bukannya Eksklusif