Liverpool buru pemain Maghribi

London: Liverpool menjadikan wira Maghribi di Piala Dunia, Sofyan Amrabat sebagai sasaran pembelian utama selain Jude Bellingham, menurut laporan semalam.

The Reds kini sedang mencari seorang atau dua lagi pemain tengah dan bintang Fiorentina, Amrabat, 26, menarik perhatian Jurgen Klopp selepas cemerlang dalam kempen Piala Dunia.

Amrabat menjadi tonggak tengah Maghribi di Piala Dunia.



Pasukan Afrika Utara itu mara ke separuh akhir tetapi tewas kepada Perancis namun sebelum itu mengatasi Sepanyol dan Portugal di peringkat kalah mati.

Menurut Foot Mercato, Amrabat kini menjadi sasaran utama Liverpool. Dilaporkan Klopp bertemu wakil pemain itu ketika Liverpool masih berminat dengan penyerang muda Borussia Dortmund dan England, Bellingham.

Amrabat masih mempunyai kontrak dengan kelabnya, Fiorentina sehingga 2024.



Namun, difahamkan kelab Itali tidak keberatan menjualnya pada Januari ini dengan nilai pemain tengah itu dianggarkan sekitar £40 juta (RM215 juta).

Amrabat turut dikatakan berminat berpindah ke England untuk beraksi di Liga Perdana.

Tottenham juga berminat dengan Amrabat selain kelab Sepanyol, Atletico Madrid malah sebuah kelab Jerman turut menaruh harapan.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button