Lopetegui catat kemenangan sulung bersama Wolves

LONDON: Julen Lopetegui mencipta kemenangan pertama selaku pengurus Wolves selepas gol lewat pemain gantian, Raul Jimenez dan Rayan Ait-Nouri mengesahkan kemenangan 2-0 di laman sendiri berdepan Gillingham pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris awal pagi tadi.

Gillingham menafikan posisi mereka sebagai kelab terbawah dalam semua empat divisyen liga England untuk berdepan pencabar dari liga utama itu.

Jaringan di Molineux tidak dapat dihasilkan sehingga minit ke-77 apabila Jimenez meledak menerusi penalti sebelum Ait-Nouri mengesahkan tempat Wolves ke suku akhir hasil gol pada hujung aksi.



Bekas bos Sevilla dan Sepanyol, Lopetegui dilantik sebagai pengurus Wolves bulan lalu selepas Bruno Lage dipecat pada Oktober berikutan hanya menang sekali dalam 15 aksi Liga Perdana yang berlanjutan sejak musim lalu.

Pengendali berusia 56 tahun itu akan mula cuba mengembalikan prestasi Wolves dari dasar liga dengan pertemuan menentang Everton 26 Disember ini.

“Bagi saya ia hari yang sangat istimewa, sudah tentu, saya sangat gembira – tapi lebih daripada itu ia buat pasukan kerana kami mahu berada di pusingan seterusnya,” katanya.



“Kami bekerja dengan memberi tumpuan yang bagus dan fokus, pada penghujungnya kami sangat gembira.

“Kini kami akan melihat perlawanan seterusnya. Kami ada cabaran besar di depan tetapi perlu bersedia menghadapinya. Banyak yang perlu kami perbaiki.”

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button