Dua bersaudara didakwa edar dadah

Oleh – Syeikh Baran


Dua bersaudara didakwa edar dadah
Gambar Hiasan

Dua sepupu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine.

Muhammad Iman Muhaimin Zamri, 23, dan Afif Naqiuddin Mat Zuni, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.



Mereka dituduh bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 116.47 gram di parkir sebelah bangunan di Pengadang Baru, di sini pada jam 1 pagi, 6 November 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh berdepan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika disabitkan.

Sementara itu, Muhammad Iman Muhaiminturut berdepan satu lagi pertuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 464.1 gram.

Muhammad Iman Muhaimin didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi dan masa yang sama.



Mahkamah menetapkan 12 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading