Ayu Gani – Cuba Gaya Tomboy

Nampak Cool !

Kadang kala ada wanita yang suka pamerkan pelbagai personaliti dalam gaya mereka; sisi feminin, elegan, cool hingga ke maskulin. Dan selalunya mereka yang suka pamerkan personaliti maskulin ini akan dikenali sebagai tomboy atau boyish.

Apabila menggayakan fesyen tomboy ini, kamu akan dilihat sebagai seorang wanita yang berani, independent, bertenaga, cool dan tenang.

Sekiranya kamu mahu tukar gaya sedia ada kepada tomboy, Miss Murai nasihatkan kamu cuba lihat gaya Ayu Gani iaitu supermodel Indonesia. Bagi Miss Murai, gaya tomboy model ini sesuai untuk kamu yang mahu bergaya buat pertama kalinya.

Pertama sekali, gaya tomboy yang simple untuk diikuti adalah gabungan tank top dan seluar. Kalau mahukan gaya yang sedikit berbeza dan unik, cuba kamu padankan dua seluar dalam satu masa; iaitu satu seluar pendek di dalam, dilapisi dengan satu seluar panjang yang mempunyai tali di pinggang. Cool sangat!





Kemudian kamu juga boleh gayakan pakaian yang bermotifkan ‘anti-mainstream’. Padankan cami top bermotifkan checkered di atas kemeja checkered. Pilih padanan warna yang terang seperti ungu dengan hijau, biru dengan merah dan banyak lagi. Jangan lupa gandingkan bersama seluar pendek dan kasut platform atau high-top sneaker.

View this post on Instagram

A post shared by Ayu Gani 🐘 (@ganegani)



Lebih santai dan nampak cool apabila kamu kenakan gaya Ayu yang ini; padanan baju flannel, high neck tank top, seluar pendek atau baggy pants bersama sneakers.

View this post on Instagram



A post shared by Ayu Gani 🐘 (@ganegani)

Sisi maskulin ‘tomboy’  juga boleh ditonjolkan dengan gaya sporty tau. Apa yang Miss Murai sarankan untuk kamu pakai adalah sweater, hoodie,jogger pants dan kasut pilihan kamu; sneaker, but atau pun slip-on.

Akhir sekali, gaya tomboy juga boleh kamu pakai ketika menghadiir majlis sosial yang rasmi. Apa yang kamu kenakan adalah blazer dengan seluar pendek atau pun set sut yang lengkap.

Nampak cool sangat! Selamat mencuba~

 

 

MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti

Ayu Gani – Cuba Gaya Tomboy


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button