‘Gadis larikan gelang emas RM15,000 demi langsai hutang kereta teman lelaki’

'Gadis larikan gelang emas RM15,000 demi langsai hutang kereta teman lelaki'

‘Gadis larikan gelang emas RM15,000 demi langsai hutang kereta teman lelaki’

PORT DICKSON: Alasan melangsaikan hutang kereta milik teman lelakinya, menyebabkan seorang gadis berusia 22 tahun, dicekup polis selepas terlibat bersama lelaki itu melarikan seutas gelang tangan emas dari sebuah premis di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata pembantu jualan kedai emas terbabit membuat laporan pada jam 1 tengah hari pada 7 Disember lalu.



“Dalam laporannya, pembantu jualan berusia 39 tahun di kedai emas itu, menyatakan pada jam 11.38 pagi hari sama, mangsa didatangi pasangan terbabit meminta untuk melihat seutas gelang emas kononnya mahu membelinya.

“Secara tiba-tiba, suspek bertindak melarikan diri bersama gelang emas bernilai kira-kira RM15,000 yang sedang dilihatnya dengan menaiki sebuah Perodua Alza,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Aidi Sham berkata, susulan aduan dan maklumat yang diterima, polis membuat tangkapan seorang wanita di sebuah pangsapuri dekat Rawang, Selangor pada 16 Disember.

“Suspek berusia 22 tahun itu mengaku mencuri gelang tangan terbabit untuk melangsaikan hutang kereta milik teman lelakinya,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Aidi Sham berkata, hasil tangkapan itu, polis merampas gelang tangan emas dilarikan suspek yang sudah dipajak kepada sebuah kedai di Bandar Seremban.

“Suspek wanita itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dipenjara satu hari dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Port Dickson selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan itu,” katanya.

“Polis masih mengesan seorang suspek masih bebas dipercayai teman lelaki kepada wanita itu,” katanya.

Susulan kejadian itu juga, polis sedang mengesan Muhammad Haikal Izhar (Haikal), berusia 20 tahun dengan alamat terakhir di 924, Lorong 3/2C, Taman Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan, Labu, Negeri Sembilan.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Hazizi Abas di talian 019-3471916 atau 06-647 2344.

Bekas hartawan jual sosej panggang tepi jalan mahu langsai hutang RM29 juta

‘Gadis larikan gelang emas RM15,000 demi langsai hutang kereta teman lelaki’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button