Jumpa mayat dalam semak

Jumpa mayat dalam semak

Jumpa mayat dalam semak

NILAI: Mayat seorang lelaki ditemui orang awam di kawasan semak berhampiran Jalan Country Heights Perdana, College Heights, Pajam, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah berhubung penemuan mayat lelaki warga tempatan itu.



“Kira-kira jam 9 pagi tadi, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai menerima laporan daripada orang awam berkenaan penemuan mayat di kawasan semak berhampiran Jalan Country Heights Perdana.

“Bertindak atas maklumat ini, sepasukan polis dari IPD Nilai digerakkan kr lokasi kejadian,” katanya hari ini.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Siasatan awal di tempat kejadian dilakukan bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penemuan mayat ini boleh menyalurkannya ke balai terdekat.



Terdahulu, pihak bomba melakukan operasi bantuan khas kepada pihak polis bagi menurunkan satu mayat daripada atas pokok.

MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti

Jumpa mayat dalam semak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


MB Terengganu Ke Auckland Atas Urusan Rasmi, Bukan Bercuti




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading