Permohonan Lim Guan Eng Untuk Batalkan Tuduhan Rasuah Di Tolak

Permohonan Lim Guan Eng Untuk Batalkan Tuduhan Rasuah Di Tolak

Permohonan Lim Guan Eng Untuk Batalkan Tuduhan Rasuah Di Tolak

 

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan Lim Guan Eng, Betty Chew, dan Phang Li Koon untuk membatalkan tuduhan rasuah berkait projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rofiah Mohamad berkata, mahkamah menolak dakwaan tertuduh bahawa berlaku pendakwaan dua kali.



Alasan tertuduh adalah kerana keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berdasarkan kes terdahulu.

“Terdapat perbezaan besar dalam kesalahan yang didakwa berlaku, dan ia melibatkan orang yang berbeza.”

“Kes ini harus diteruskan.”

“Pembelaan mendakwa 25 saksi dipanggil memberi keterangan dalam satu kes membabitkan Lim pada 2016.”



“Tetapi tidak ada penemuan yang ditemui berdasarkan keterangan dan fakta oleh mahkamah ketika itu.”

“Peguam Negara mempunyai sepenuhnya budi bicara untuk mendakwa mana-mana individu yang beliau rasakan sesuai.”

“Sebarang cabaran terhadap keputusan itu harus dibuat menerusi semakan kehakiman.”

“Mahkamah menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh pengurusan kes, dan ikat jamin yang dikenakan sebelum ini dilanjutkan,” jelas Rofiah.



Lim Guan Eng memfailkan permohonan untuk membatalkan kes tersebut, dengan alasan pendakwaan menggunakan bukti dari kes terdahulu.

Ketiga-tiga mereka menghadapi tuduhan di bawah Akta AMLA 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi selepas memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen di Butterworth.

Lim dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri dan pengerusi lembaga tawaran PDC untuk suapan wang berjumlah RM372,009 bagi Chew.



Sebagai balasan, beliau akan memastikan Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan projek itu di Juru dan Batu Kawan.

Peguambela Lim Guan Eng, RSN Rayer berkata pihaknya akan memohon penangguhan proseding itu semantara menunggu rayuan.

“Kami menunggu dan meneliti alasan-alasan yang dikeluarkan mahkamah, sebelum kami akan buat rayuan penggantungan perbicaraan di Mahkamah Tinggi sehingga keputusan Mahkamah Rayuan diterima,” jelas Rayer.

Nampaknya tidak ada lagi hari terkejut untuk Lim Guan Eng.



 

Permohonan Lim Guan Eng Untuk Batalkan Tuduhan Rasuah Di Tolak

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading