Liga Kejuaraan: Leicester City sah bergelar juara

Liga Kejuaraan: Leicester City sah bergelar juara

Liga Kejuaraan: Leicester City sah bergelar juara
Barisan pemain dan pegawai Leicester City meraikan kejayaan menjuarai Liga Kejuaraan selepas tamat perlawanan pagi tadi.

LONDON – Pengendali Leicester City, Enzo Maresca menganggap pasukannya mengharungi musim sempurna selepas mengesahkan status selaku juara Liga Kejuaraan (EFL) musim ini dengan menewaskan Preston North End 3-0 awal pagi tadi.

Menurut Maresca, apa yang barisan pemain pamerkan sepanjang musim cukup luar biasa selepas apa yang dilalui pada tahun lalu ketika tersingkir daripada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kita telah mengharungi musim sempurna meskipun ada ketika pasukan tidak begitu konsisten, tetapi itulah lumrah bola sepak.



“Apa yang penting, kita berjaya capai sasaran untuk terus layak ke kancah EPL musim depan dengan menjulang kejuaraan EFL kali ini.

“Namun, kita masih ada satu lagi perlawanan dan saya harap pemain dapat teruskan rentak kemenangan pada aksi terakhir nanti,” katanya.

The Foxes yang mengutip 97 mata ketika ini mampu merekodkan kutipan 100 mata andai menewaskan Blackburn Rovers pada aksi terakhir minggu ini. – AGENSI

Liga Kejuaraan: Leicester City sah bergelar juara




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada yang dapat tahanan rumah, kenapa Najib tidak dapat?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading