ADUN Bugaya meninggal dunia

c52f89202a6e48750fe93ecd770ec7de5fb3742a34fa7Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah, 65, meninggal dunia hari ini. Manis Muka meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu tengah hari tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu malam tadi akibat masalah buah pinggang. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KOTA KINABALU, 17 Nov — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia hari ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Gleneagles Kota Kinabalu di sini malam tadi akibat masalah buah pinggang.

Sumber daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Semporna memberitahu Manis Muka, 65, meninggal dunia di hospital itu tengah hari tadi.

Perkara itu kemudian disahkan oleh satu hantaran Facebook untuk Media Warisan Semporna.



oga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

“Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarhamah, semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini,” demikian menurut hantaran itu.

Terdahulu, anak Allahyarham, Fara Deeba Sabardin menerusi perkongsian dalam laman Facebooknya berkata ibunya dimasukkan ke hospital itu malam tadi.

Manis Muka yang juga Ketua Wanita Warisan Semporna, mempertahankan kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini dengan majoriti 6,005 undi, mengatasi enam pencabarnya.



ADUN Bugaya Manis Muka nafi keluar Warisan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button