Liverpool sibuk cari pemain Januari ini

LONDON: Jurgen Klopp mengakui bahawa Liverpool akan sibuk pada jendela perpindahan Januari ini berikutan peringatan daripada bekas pemain, Jamie Carragher bahawa kelab memerlukan £250 juta (RM1.3 bilion) untuk merapatkan kedudukan dengan Manchester City.

Sambil enggan mengulas mengenai jumlah yang sepatutnya dibelanjakan oleh kelab, Klopp tidak menyembunyikan fakta, beliau akan gembira jika dapat menyaksikan kehadiran penyerang baru terutama selepas Diogo Jota dan Luis Diaz mengalami kecederaan.

Pemilik kelab, John W Henry secara terbuka mengakui kelab itu membuka peluang kepada pelabur baharu ataupun penjualan langsung.



“Sejujurnya saya tidak menentang pelaburan, ia jelas tetapi kita akan melihat apa yang akan datang pada masa depan,” kata Klopp.

“Dalam situasi kami, kami selalu mengatakan kami bersedia daripada bahagian sukan. Jelas idea yang kami ada dan keperluan tetapi ia bukan 100 peratus di tangan kami.

“Anda boleh bayangkan keadaan kami sekarang, kami sedang mencari. Jika sesuatu berlaku, kita akan lihat.

Liverpool tewas 2-3 dalam saingan Piala Liga kepada Manchester City dan akan berdepan Aston Villa pada Boxing Day.



Kedudukan James Milner masih menjadi persoalan selepas cedera di Etihad tapi Klopp berharap Trent Alexander-Arnold akan pulih daripada virus.

Ibrahima Konate akan kembali menjalani latihan pada 27 Disember selepas mara ke final Piala Dunia bersama Perancis.

Klopp gembira aksi liga kembali dan yakin pasukannya masih boleh merapatkan jurang dengan empat pasukan teratas.

“Semua pemain benar-benar mahukan perkara itu. Kami menganggap diri kami berada dalam kelompok pengejar dan perlu mengejar,” katanya.



“Pemain berada dalam keadaan baik sebelum rehat dan banyak lagi yang akan datang. Beberapa pemain mempunyai rentak dari Piala Dunia seperti Jordan Henderson, Alisson dan Virgil van Dijk. Bagi yang lain ia adalah satu permulaan.” – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button