Sinner raih Grand Slam pertama

Oleh – Syeikh Baran


Sinner raih Grand Slam pertama
SINNER bangkit daripada ketinggalan dua set di perlawanan akhir sebelum memastikan gelaran Terbuka Australia menjadi miliknya. – AFP

Pemain tenis No.4 dunia, Jannik Sinner melakar sejarah tersendiri apabila meraih Grand Slam pertama dalam karier selepas muncul juara pada kejohanan Terbuka Australia hari ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Melbourne Park tadi, pemain Itali itu dipaksa bekerja keras sebelum memastikan kemenangan 3-6, 3-6, 6-4, 6-4, 6-3 ke atas pemain No.3 dunia, Daniil Medvedev.



Sinner membuktikan dia bukanlah seorang pemain yang mudah menyerah kalah apabila bangkit daripada ketinggalan dua set untuk membenam cabaran pemain No.3 dunia itu dan membawa pulang trofi kejuaraan.

Kemenangan itu pastinya menjadi pembakar semangat buat Sinner dalam memburu lebih banyak kejuaraan selepas ini, lebih-lebih lagi dia berjaya menyingkirkan juara 24 kali Grand Slam, Novak Djokovic di separuh akhir.

“Tahniah kepada Daniil (Medvedev) dan pasukannya kerana menunjukkan aksi cukup baik sepanjang kejohanan ini. Kami sudah bertemu banyak kali di perlawanan akhir dan dia berjaya menjadikan saya seorang pemain yang lebih baik.

“Saya harap dia juga dapat merealisasikan hasrat untuk menjulang trofi pada kejohanan ini. Saya yakin dia mampu melakukannya,” kata Sinner selepas tamat perlawanan.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading