Tokong berusia 64 tahun di Segamat terbakar

Oleh – Syeikh Baran


Tokong berusia 64 tahun di Segamat terbakar
Tokong berusia 64 tahun di Jalan Genuang, dekat sini dan antara tertua di daerah ini terbakar malam tadi. – NSTP/ AHMAD ISMAIL

Tokong berusia 64 tahun di Jalan Genuang, dekat sini dan antara tertua di daerah ini terbakar malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Baru Segamat berkata, dalam kejadian 8.25 malam itu, bahagian hadapan dan bumbung Tokong Ci Kuang Ting musnah kira-kira enam peratus.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru tiba di lokasi kira-kira 10 minit selepas mendapat panggilan kecemasan.



“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button