Presiden Hungary letak jawatan

Oleh – Syeikh Baran


Presiden Hungary letak jawatan
Presiden Hungary, Katalin Novak ketika mengumumkan peletakan jawatannya di Istana Presiden Budapest, semalam. -AFP

Presiden Hungary, Katalin Novak, sekutu rapat Perdana Menteri, Viktor Orban, mengumumkan peletakan jawatannya semalam berikutan kemarahan terhadap pengampunan yang diberikan kepada seorang lelaki yang terbabit dalam kes penderaan seksual kanak-kanak.

Tidak lama selepas itu, seorang lagi penyokong Orban, bekas Menteri Kehakiman, Judit Varga, mengumumkan menarik diri daripada kehidupan awam atas urusan itu.



Pengumuman itu adalah susulan tekanan yang semakin meningkat daripada ahli politik pembangkang dan protes di luar Istana Presiden, pada petang Jumaat.

“Saya meletakkan jawatan saya,” kata Novak yang berusia 46 tahun, mengakui bahawa dia telah melakukan kesilapan.

“Saya memohon maaf kepada mereka yang saya sakiti dan semua mangsa yang mungkin mempunyai tanggapan bahawa saya tidak menyokong mereka,” kata bekas Menteri Dasar Keluarga itu.

“Saya akan kekal memihak untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga.”

Novak menjadi wanita pertama yang memegang jawatan presiden pada Mac 2022.



Kontroversi itu dicetuskan oleh pengampunan yang diberikan kepada bekas timbalan pengarah rumah kanak-kanak. Dia telah membantu menutup penderaan seksual ketuanya terhadap kanak-kanak di bawah tanggungjawab mereka.

Keputusan itu dibuat April lalu ketika lawatan Pope Francis ke Budapest.

Sejak laman berita bebas 444 mendedahkan keputusan itu minggu lalu, pembangkang negara itu telah menggesa peletakan jawatan Novak.

Pada petang Jumaat penunjuk perasaan berkumpul di luar Istana Presiden dan tiga penasihat presiden meletakkan jawatan mereka. -AFP



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading