Tentera tumpaskan cubaan seludup beras, gula di sempadan Malaysia-Indonesia

Tentera tumpaskan cubaan seludup beras, gula di sempadan Malaysia-Indonesia

Tentera tumpaskan cubaan seludup beras, gula di sempadan Malaysia-Indonesia
Lori yang dipandu seorang lelaki tempatan membawa barangan makanan untuk diseludup keluar ke Indonesia ditahan kira-kira100 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia, di Serikin. NSTP/ Melvin Joni

KUCHING: Pasukan tentera menahan seorang lelaki ketika cuba menyeludup keluar lebih 2,000 kilogram (kg) beras, 2000 kg gula dan 30 kotak minuman keras serta pelbagai barangan makanan, di sempadan Malaysia-Indonesia, dekat Serikin.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen), dalam satu kenyataan berkata tangkapan dan rampasan berjumlah lebih RM125,000 termasuk sebuah lori tiga tan dianggarkan bernilai RM90,000 itu dilakukan pasukan tentera ketika menjalankan rondaan, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Katanya, pihaknya menahan sebuah lori dari Malaysia yang cuba memasuki Indonesia menggunakan jalan tidak sah.



“Hasil pemeriksaan mendapati seorang pemandu lori lelaki warga tempatan berusia 52 tahun didapati cuba membawa barang-barang terkawal dari Malaysia ke Indonesia,” katanya.

Katanya, kesemua barangan, kenderaan termasuk pemandu lori terbabit diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Bau untuk siasatan lanjut.

Katanya, pasukan tentera kekal siaga dan komited mengawal keselamatan serta memastikan kedaulatan negara terus terpelihara terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), kegiatan penyeludupan mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan berlaku

Tentera tumpaskan cubaan seludup beras, gula di sempadan Malaysia-Indonesia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading