BN akan jadi ‘tawanan perang’ jika bersama PN
Oleh – Bakhtiar Omar
BN diibaratkan jadi ‘tawanan perang’ sekiranya memilih untuk bersama PN selepas tiada mana-mana pihak mempunyai majoriti mudah membentuk kerajaan.
Pertimbangan penting yang diambil Majlis Kerja Tertinggi Umno ini didedahkan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu wawancara malam tadi.
Umno mempunyai 27 kerusi manakala MCA 2 dan MIC 1 dalam gabungan Barisan Nasional.
Pakatan Harapan mempelawa BN menyertai kerjasama bagi membentuk meredakan situasi ketidaktentuan politik dan hasilnya terbentuklah Kerajaan Perpaduan.
Sebelum itu, MKT Umno telah mempertimbangkan dari pelbagai sudut samada mahu bersama PN atau PH. Walau ada yang membantah bersama PH, apabila keputusan secara konsensus telah dicapai semua MKT akur dan bersetuju untuk bersama PH.
Jelas sekali keputusan membentuk Kerajaan Perpaduan bukanlah keputusan ‘one man show’ oleh Zahid.
Pengalaman ketika bersama Perikatan Nasional selama 17 bulan sudah banyak mengajar Umno dan BN. Apatah lagi selepas Umno mengambil alih tampuk dan memberi peluang kepada Ismail Sabri untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
@mukhrizm Bukti Muhyiddin tidak bersih seperti yg digembar gemburkan Part 3 #pru15 #undidenganbijak #undipejuang #tolakpemimpinrasuah #fypmalaysia ♬ original sound – Mukhriz Mahathir
Paling mengejutkan ialah pendedahan Mukhriz Mahathir mengenai permintaan Muhyiddin sebagai syarat melepaskan jawatan kepada Ismail yang hanya didedahkan pada pra-PRU15.
“Kita lihat dari segi mudarat. Mana mudaratnya yang lagi besar? Dengan PN (Perikatan Nasional) atau dengan PH? Kami lakukan analisis politik bukan hanya analisis politik sekarang. Analisis politik untuk jangka masa sederhana dan jangka panjang. Mudarat mana yang kurang dan boleh terus merelevankan Umno”
“Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan dengan PN lebih banyak mudaratnya sebab mereka bertanding di kawasan yang sama kita bertanding iaitu kawasan yang mempunyai kelompok pengundi-pengundi Melayu. Mereka menang 73 kerusi ketika itu. Sekarang 74 kerusi selepas menang Padang Serai. Tentunya kita akan berperang di gelanggang yang sama.
“Dalam PH kita lihat dari segi analisis politik dan kita lakukan beberapa unjuran bahawa potensi besar untuk kita menang semula kawasan-kawasan yang kita kurang undi dahulu boleh kita gali semula potensinya. Saya tidak riak tetapi saya fikir hal ini lebih baik kalau kita bersama-sama dengan PH untuk survival, kesinambungan jangka panjang kepada UMNO-BN,” – Zahid Hamidi – BN COMMS