Lelaki Ini Teruja Nak Kahwin Sampai Salah Tarikh Nikah

Pastinya mendebarkan buat kedua-dua belah pihak apabila menanti hari untuk menghalalkan hubungan. Pelbagai aspek yang dirisaukan buat bakal pengantin dalam memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung.

Namun, lain pula kisah pemuda ini yang terlebih semangat untuk berkahwin apabila mahu berangkat terus ke lokasi nikah pada Isnin lalu.

 



 

@kaklizleg @meorayei ♬ original sound – kak liz LEG

 

Gemuruh nikah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda yang lengkap berbusana itu kelihatan sudah bersedia untuk akad nikah sebagai suami.



Ketika sedang menuju ke pintu untuk keluar, pemuda tersebut mula menyedari dirinya tersalah tarikh nikah apabila ditegur oleh kakaknya. Melulu masuk ke bilik tidur, pemuda itu terus menanggalkan persalinan nikahnya.

Difahamkan, majlis pernikahannya bakal berlangsung pada hari Jumaat.

Bawak bersabar



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh dengan semangat pemuda tersebut demi menghalalkan pasangannya.

Sumber: Tiktok @kaklizleg



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button