Jambatan runtuh, sekurang-kurang 3 maut

MANAUS: Sekurang-kurang tiga disahkan maut, manakala 15 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah jambatan runtuh di Amazonas, Brazil, semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Amazonas, pihaknya melancarkan operasi mengesan mangsa yang hilang selepas jambatan itu runtuh di lebuh raya BR-319 di bandar Careiro yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Manaus.

Katanya, seramai 14 orang lagi mengalami kecederaan dalam kejadian itu yang berlaku ketika beberapa kenderaan sedang melalui jambatan terbabit.



Laporan media tempatan, G1, memetik beberapa saksi sebagai mendakwa jambatan terbabit mengalami keretakan sehingga mengakibatkan kesesakan trafik sebelum ia runtuh.

Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak respons kepada permintaan untuk komen, setakat ini.

REUTERS




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading