SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu
SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu
Penulis merasa sangat simpati kepada semua pegawai penyiasat di SPRM.
Mungkin sekarang ini mereka sedang sibuk untuk menyiasat perbelanjaan sebanyak RM92.5 bilion oleh Kerajaan Perikatan Nasional yang dibelanjakan di era Muhyiddin.
Tetapi, sebaik sahaja kertas siasatan RM92.5 bilion selesai, pegawai penyiasat SPRM masih lagi belum boleh menarik nafas lega.
Satu lagi fail mengenai projek fail Projek Gentian Optik Zon Sabah yang ‘dihadiahkan’ kepada YTL Communications Sdn Bhd sedang menunggu.
Menurut maklumat yang diterima, dua syarikat disenarai pendek iaitu Fenomena MajuKaya Sdn Bhd dan YTL Corporations Sdn Bhd.
Baca di sini:
Harga tender yang disebut oleh Fenomena MajuKaya Sdn Bhd ialah RM 879,818,514.04.
Manakala harga tender yang disebut oleh YTL Communications Sdn Bhd pula adalah RM 946,546,605.00.
Perbezaan antara kedua-dua sebutan harga tender tersebut adalah dalam lingkungan RM100 juta!!!
Lebih memeranjatkan lagi, harga yang ditawarkan kepada YTL Communications Sdn Bhd dinaikkan pula dari RM 946,546,605.00 kepada RM1,003,339,401.30!!!
Ianya melibatkan penambahan hampir RM50 juta lagi!!!
Sekali lagi pemberian tender ini meragukan kerana:
- YTL adalah syarikat yang ditamatkan kontrak dalam projek Bestari.Net atas faktor kegagalan mereka dalam projek tersebut
- Bagaimana harga tawaran tender boleh melebihi dari harga sebutan tender yang diberikan oleh YTL sendiri?
Penulis tidak menuduh mana-mana individu atas ketirisan dana rakyat yag didakwa telah berlaku.
Tetapi Kerajaan Perpaduan mesti mengarahkan SPRM membuat siasatan secara telus.
Setiap sen wang rakyat yang diambil dengan cara yang salah, mesti dikembalikan dan pelakunya mesti diheret ke mahkamah.
SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu
Di Syorkan Untuk Anda:
- Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?
- Perlukah Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Di Pertandingkan?
- Mengapa Masih Tiada Tindakan Ke Atas Saki Baki Pengkhianat UMNO?