Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

Ramai orang UMNO lupa…

Ketika UMNO sedang diasak untuk diharamkan, di mana pemimpin yang hendak menjatuhkan DS Zahid dan barisan kabinet UMNO era Muhyiddin sebagai perdana menteri?

Siapa yang sebenar berani pertahankan UMNO ibarat berenang di dalam lautan api jika bukan DS Zahid.

Waktu itu mulut kabinet broker PN terkunci.

Walaupun mulut Muhyiddin dan PPBM tiap-tiap masa berzikir keburukan UMNO.

Mencipta alasan secara tidak langsung menjawap perihal kenapa UMNO perlu diharamkan!

Apa yang keluar dari mulut kabinet UMNO ini, hanyalah Zahid perlu berundur!!!

Berundur, berundur dan berundur!!!

Segerakan pemilihan UMNO dan singkirkan DS Zahid.

Lalu barisan cybertrooper broker PN tidak henti-henti menyerang presiden sendiri tanpa pernah serang PH apatah menyentuh PPBM.

Hasilnya PH ambil kesempatan perkuatkan parti mereka.

PN ambil kesempatan memperkukuhkan gabungan mereka.

Sedangkan BN disibukkan dengan perang saudara.

PAS ketika itu sebagai rakan Muafakat Nasional langsung tidak peduli kepada UMNO.

Kerana terlalu khusyuk dan asyik dengan pelbagai tawaran demi tawaran dihidangkan PPBM.

Malah tindakan Annuar Musa selaku SUA MN tidak bersungguh-sungguh untuk memantapkan Muafakat Nasional.

Hingga memberi peluang kepada Muhyiddin menubuh dan memperkukuhkan PN.

Broker PN seperti menggerakkan rancangan terancang mematikan MN.

Memberi peluang dan ruang kepada PN memperkukuhkan gabungan mereka.

Yang paling untung PH kerana dapat ambil kesempatan membuang badi 22 bulan kerajaan DAP.

Pemimpin UMNO Sendiri Bersubahat Memenjarakan Panglima Perang UMNO

Ketika itu UMNO sememangnya telah naik hasil kebangkitan aura Bossku.

Tetapi mula hilang satu persatu kelebihan kerana broker PN memberi persepsi negatif UMNO kepada rakyat.

Yang tinggal hanya presiden UMNO, DS Zahid dengan dibantu aura Bossku yang bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO di ambang pengharaman.

Presiden tidak banyak mengeluarkan kenyataan siapa musuh dalam selimut ketika itu atas pelbagai alasan.

Antaranya kerana mahu memelihara keharmonian dalam UMNO.

Supaya retaknya tidak terus membelah dan sebagai strategi dengan bersabar masih bergerak dalam diam.

Presiden tidak gelojoh dan melatah untuk apa-apa tindakan tetapi tegas mematahkan setiap ranting pohon broker PN, ketika amat-amat perlu.

Sebab itu kita boleh lihat seorang demi seorang orang kuat menteri broker PN disingkirkan.

Ibarat menarik rambut dalam tepung, presiden menangani serangan Muhyiddin dengan akal bukan emosi.

Sehingga 17 bulan usia kerajaan PN, presiden bersama-sama barisan MT UMNO dan akar umbi UMNO ambil tindakan tegas tarik sokongan dari PN.

Iaitu setelah UMNO berjaya diselamatkan dari ancaman pengharaman.

Proses penyingkiran pengkhianatan dalam rumah sendiri bukan suatu kerja yang mudah terutama bila mendapat sokongan penuh dari pihak luar.

Apatah lagi penyokong terbesar presiden telah dipenjarakan hasil pengkhianatan dalaman.

Tetapi baik DS Zahid dan DS Najib kedua-duanya akur dalam pejuangan.

Ada ketika kita perlu terima musibah awal untuk masa hadapan.

Ini bukti mereka tidak beralah walaupun tewas dipermulaannya.

Tapi presiden UMNO masih mampu atasi satu persatu dengan cermat, teratur dan bijak sehinggalah selepas PRU15.

Ismail Sabri Gagal Berperanan Sebagai PM Dan Poster Boy

Momentum kemenangan PRN Melaka dan Johor hilang dalam PRU15 kerana UMNO terpaksa beralah.

Tidak mencalonkan calon PM selain dari Ismail Sabri.

Hakikatnya rakyat melihat Ismail Sabri bukanlah seorang yang mampu memberi keseimbangan dalam politik negara.

Malah ketika PRU15 Ismail Sabri berkempen secara emosi menyerang parti sendiri dari menggunakan akal membantu menaikkan imej parti.

UMNO memang kalah PRU 15 tetapi itu bukan kekalahan sebenarnya.

Tetapi ini adalah titik permulaan untuk menyingkirkan sebahagian besar pengkhianatan dalaman UMNO.

Memang mustahil untuk mencapai semua objektif serentak terutama bila ada pengkhianatan yang mendapat sokongan dari pihak luar.

Tetapi sekarang kekalahan berjaya memberi tahap kestabilan yang berkembang dengan pesat.

UMNO tidak tewas semua walaupun tidak berjaya sepenuhnya.

Tetapi UMNO dapat pasak tapak untuk berdiri dan perkukuhkan kedudukan yang ada banyak kelebihan buat UMNO, dalam arena politik yang semakin rumit untuk diterjemahkan.

Hasil pengorbanan presiden dan pelbagai pihak yang setia dan yakin kepada presiden, masa depan UMNO untuk bangkit mula menampakkan graf positif naik secara mendadak.

Hingga ada pengalisis saham ekonomi sedang berdebar-debar menanti keputusan PAU UMNO.

Kerana jika presiden UMNO ditukarkan maka bursa saham malaysia akan jatuh.

Kerana kedudukan DS Zahid menjadi penanda aras momentum kemasukan pelabur dan bursa saham Malaysia.

Ini alasan-alasan jelas untuk menjawap, usaha pemulihan UMNO perlu dilaksanakan secara konsisten.

Tiada siapa yang layak buat ketika ini kecuali akar umbi UMNO bersatu mempertahankan The Brilliance Fighter, DS Zahid sebagai presiden UMNO.

 

Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker