Dipercayai jatuh pokok, lelaki Orang Asli ditemui maut dalam longkang
Dipercayai jatuh pokok, lelaki Orang Asli ditemui maut dalam longkang

BENTONG: Seorang lelaki Orang Asli ditemui maut dalam longkang di tepi Jalan Benus, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata mangsa dalam kejadian jam 8.55 pagi itu dikenali sebagai Jeka Gedeng, 36.
“Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tempat tinggi kerana memanjat pokok kelapa di sebelah longkang itu.
“Hasil bedah siasat oleh pakar perubatan di Hospital Bentong pula mendapati punca kematian adalah ‘intra-abdominal hemorrhage’, iaitu pendarahan di dalam perut dengan hati pecah, dipercayai akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.
Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu, boleh menghubungi Bilik Gerakan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melalui talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
“Orang ramai juga dinasihat tidak menularkan sebarang maklumat tidak sahih dan jangan membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini,” katanya.
Dipercayai jatuh pokok, lelaki Orang Asli ditemui maut dalam longkang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Islam Bukan Sekadar Pakaian Dan Ceramah
- Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?
- Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :