Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Saksi 1MDB 'minta nyawa', nama Najib akan dibersihkan?

 



Saksi 1MDB dikenali sebagai Jasmine Loo telah ditahan pihak berkuasa selepas menyerah diri selepas pulang dari luar negara. Bagaimanapun, proses serah diri itu dikatakan mempunyai kaitan dengan teori bahawa konspirator utama 1MDB, Jho Low sudah mati.

Seorang lagi saksi, Roger Ng pula akan diserahkan pihak berkuasa Amerika Syarikat kepada pihak berkuasa Malaysia untuk dibawa ke Mahkamah sebagai saksi kes 1MDB.

Secara teori, mustahil sekiranya Jasmine Loo secara tiba-tiba menyerah diri sedangkan beliau disenaraikan sebagai orang dikehendaki pada 2015 dan berjaya menyorok sehingga 2023.

TEORI ‘KEMATIAN’ JHO LOW MENGGUSARKAN JASMINE LOO?

Saksi 1MDB 'minta nyawa', nama Najib akan dibersihkan?



Almost exactly one year ago, New York lawyers from the firm Kobre & Kim, who had already creamed millions out of 1MDB’s stolen money representing Jho Low, were cruising round KL trying to strike a deal with the coup coalition government to buy his freedom. – The Coverage – 5/9/2023

Menurut teori dalam penulisan tersebut, Jho Low telah dikenakan tindakan luarbiasa namun sejauh mana kebenaran teori tersebut tidak dapat diketahui.

Jho Low pula dikatakan berada di Amerika Syarikat dan bersembunyi bagi mengelakkan tindakan dikenakan terhadapnya berikutan terbongkarnya konspirasi besar melibatkan penipuan yang telah dilakukannya terhadap sebuah Kerajaan.

Jasmine melihat suasana ini tidak baik untuknya dan mengambil keputusan menyerah diri bagi mengelak dari dikenakan tindakan sepertimana teori Jho Low dikenakan.



Sekurangnya, beliau masih bernyawa di dalam jagaan pihak berkuasa Malaysia dan bersedia membersihkan nama Najib dari semua konspirasi yang memang dicipta bagi ‘mengenakan’ Najib.

Saksi 1MDB 'minta nyawa', nama Najib akan dibersihkan?

ROGER NG AKAN DIBAWA BALIK KE MALAYSIA SEBAGAI SAKSI 1MDB

BEKAS pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas disabitkan bersalah melakukan konspirasi menyeleweng berbilion ringgit dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia untuk berdepan pertuduhan berkaitan.

Reuters melaporkan Ketua Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) Margo Brodie di Brooklyn semalam mengarahkan Ng menyerah diri kepada Perkhidmatan Marsyal AS hari ini, yang kemudian akan menyerahkan beliau kepada penguat kuasa undang-undang Malaysia untuk dibawa pulang. – The Malaysian Insight – 6/10/2023



Perbicaraan berkaitan 1MDB sebelum ini menampilkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai saksi, namun beliau seperti ‘ayam kena tungau’ apabila memberi jawapan yang tidak memberi gambaran sebenarnya bila disoal balas pihak Peguambela.

Zeti juga mendakwa tidak mengenali Jho Low malah beliau menafikan laporan dari sebuah agensi Singapura mengenai pemulangan wang berkaitan 1MDB oleh suaminya.

Menurut hemat pemerhati bebas, sekiranya Jasmine Loo dan Roger Ng memberi keterangan tanpa berselindung atau melindungi konspirator tertentu, Najib akan mendapat keadilan yang sewajarnya dan perlu dibebaskan dari dakwaan berkait 1MDB.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button