Penganggur mengaku salah cuba rompak wanita

Penganggur mengaku salah cuba rompak wanita

Penganggur mengaku salah cuba rompak wanita
Penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan cuba merompak seorang wanita. – Foto BH/FAIZUL AZLAN RAZAK

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba merompak seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri.

Tertuduh, Muhammad Faiz Radzali, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba melakukan rompakan serta menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 31 tahun.



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai dobi layan diri di Seberang Takir, Kuala Nerus, jam 3 petang pada 30 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Penganggur mengaku salah cuba rompak wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading