PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir

PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir

Pemimpin PAS dilihat hilang punca untuk memberikan jawapan bila diasak dengan pertanyaan megapa Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat SG 4.

Pemimpin PAS juga ditanya mengapa tidak dilantik Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin, untuk mengisi jawatan tersebut.



Jawapan klishe yang mampu diberikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim, adalah kerana Muhyiddin sememangnya sudah bersama mereka.

Jadi tidak ada keperluan untuk melantik beliau sebagai Penasihat SG 4.

SG 4 adalah singkatan kepada ‘State Government 4’ yang mewakili 4 buah negeri yang dikuasai PAS.

Negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.



Dan mengenai pelantikan Dr Mahathir pula, Tuan Ibrahim menjelaskan, PAS mahu seramai mungkin menyertai mereka.

“Kita ambil Dr Mahathir, sebenarnya ada faktor-faktor lain”.

“Ada faktor yang tersurat dan tersirat”.

“Kita nak seramai mungkin orang bersama dengan kita”.



“Setiap orang tu ada dia punya penyokong dia, pengikut dia”.

“Jadi orang yang berpengaruh begini kalau boleh bersama kita, dia akan membina satu gelombang, walau besar atau kecil”.

Beliau berkata begitu ketika sesi dialog bersama beberapa NGO.

Agak menarik apabila PAS masih lagi beranggapan Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh.



Walau pun beliau dan kesemua calon PRU 15 dari parti beliau hilang duit deposit.

Mungkin kalau beliau atau sebahagian besar calon dari parti beliau tewas tanpa hilang deposit dalam PRU 15, kita boleh beranggapan Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh.

Tetapi apabila seorang yang dikatakan ‘negarawan’ kalah dengan sangat memalukan, penulis tidak faham bagaimana PAS boleh beranggapan sebegitu.

Tafsiran yang paling jelas adalah Dr Mahathir sudah ditolak secara total dengan kekalahan yang begitu memalukan.



Kalau itu adalah alasan tersurat, mungkin alasan tersirat PAS adalah untuk menyingkirkan Muhyiddin Yasin dari kepimpinan Perikatan Nasional.

Muhyiddin kini dilihat sebagai liabiliti Perikatan Nasional kerana beberapa pendakwaan ke atas beliau di mahkamah.

Walau bagaimanapun, kita ucapkan ‘good luck’ kepada PAS.

PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button