Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?

 

Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?

Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?

Hampir semua perbincngan mengenai beras tertumpu pada pengguna kena bayar mahal dan bekalan tidak mencukupi hingga orang berebut.

Tetapi tahukah kita mereka sebenarnya berebut untuk mendapatkan beras percuma.



Untuk mengekalkan harga lantai beras, kerajaan telah mengumumkan subsidi beratus juta ringgit supaya penjual dan pengguna boleh mendapatkan beras dengan harga kawalan.

Tetapi, pernahkah kerajaan atau pakar ekonomi dan rakyat secara keseluruhannya memikirkan tentang nasib petani?

Sebelum ini, hasil dari keringat mereka, kita semua mendapat jaminan bekalan beras setiap hari untuk keluarga kita.

Jangan lupa, sumbangan mereka adalah sekitar 60% dari bekalan beras negara.



Purata hasil petani adalah sekitar RM2 ribu semusim atau purata pendapatan mereka adalah RM500 sebulan.

Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?

Bayangkan kegunaan beras adalah sekitar 2.4 juta metrik tan setahun.

Tanpa petani tempatan dan sekiranya semua beras terpaksa di import, bermakna subsidi beras adalah RM2.28 bilion setahun!!!

Dengan harga beras impot sekarang ini mahal, siapa yang hendak tanam padi dan jual beras pada harga lebih dari 50% murah dari beras import?



Dulu kita import beras sebab harga beras impot lebih murah.

Kenapa tidak kerajaan pertingkatkan pengeluaran tempatan dengan benarkan SST pada harga yang munasabah dan tidak ditekan pada harga yang tidak realstik?

Berikan insentif dan bantuan yang lebih profesional dan serius untuk tanam padi dari import yang hanya memenuhkan kantung BERNAS?

Kenapa nasib petani tidak pernah mendapat tempat di hati ahli politik?



Mungkinkah kerana petani tidak banyak membantu populariti mereka maka tidak perlu dipedulikan dan bela nasib mereka?

Tetapi jangan lupa, setiap keringat mereka yang jatuh ke bumilah yang menyuap mulut keluarga kita setiap hari.

 

Kredit: Facebook Salahuddin Hisham



 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading