Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?

Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?

Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?

Sudah lebih dari satu tahun, mantan perdana menteri dan juga presiden UMNO terkurung di dalam penjara.

Pada bulan Ogos 2022, DS Najib telah dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi ke atas DS Najib.

Beliau djatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta atas sabitan tuduhan pecah amanah dan penggubahan wang haram di bawah Akta AMLA.



Dari sudut proses perundangan, kes SRC DS Najib sudah sampai ke penghujung.

Tetapi adakah beliau sudah mendapat keadilan yang sepatutnya dan yang menjadi hak beliau, adalah satu isu yang berbeza.

Sebaik sahaja DS Najib dipenjarakan, pelbagai usaha dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa mereka adalah penyokong tegar beliau.

Parti UMNO juga tidak ketinggalan menghantar surat rayuan kepada SPB YDP Agong supaya mempertimbangkan pengampunan kepada DS Najib.



Tetapi, apakah itu yang DS Najib mahukan?

Dari kenyataan-kenyataan yang dibuat sendiri oleh DS Najib, bukan pengampunan yang beliau mahukan.

Kerana DS Najib tahu, sekiranya beliau meminta pengampunan, ini bermakna beliau mengakui telah melakukan kesalahan.

Dan ini juga bermakna beliau berpuas hati dengan proses perbicaraan kes beliau dari mula hingga akhir.



Sedangkan DS Najib tahu dan yakin beliau sebenarnya tidak melakukan kesalahan yang disabitkan ke atas.

Beliau mahukan proses perbicaraan yang adil.

Itu sebenarnya yang beliau mahukan dan itulah yang sepatutnya diperjuangkan oleh penyokong dan parti beliau.

Proses perbicaraan yang adil tanpa dipenagaruhi oleh mana-mana pihak.



Dan itulah sebenarnya yang rakyat Malaysia mahukan.

Bukan pengampunan untuk membebaskan DS Najib, tetapi keadilan untuk DS Najib.

Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading