Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah

26 September yang lepas, Mahkamah Pilihanraya Terengganu, membatalkan kemenangan ahli parlimen Kemaman, Che Alias Hamidi dalam PRU 15.

Hakim perbicaraan, Charles Fernandes, berpendapat terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu.

Dan ianya dilakukan ketika tempoh berkempen PRU15 untuk meraih undi kepada Che Alias.



Sogokan itu diberikan dalam bentuk dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang diagihkan kepada pengundi.

Hakim juga berpendapat pempetisyen berjaya membuktikan elemen rasuah yang bertujuan mempengaruhi pengundi dalam keputusan pilihan raya.

Mahkamah seterusnya mengarahkan Che Alias supaya membayar kos sebanyak RM30,000.

Dalam isu yang sama sebelum itu, pada 26 Jun yang lepas, Mahkamah Pilihan Raya  membatalkan kemenangan ahli parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim pada PRU 15.



Hakim perbicaraan, Mohd Firuz Jaffril, membuat keputusan tersebut selepas pihak pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Mohd Firuz berkata, walaupun pempetisyen tidak dikemukakan sebagai saksi, bukti-bukti lain mencukupi untuk mengisytiharkan kerusi bagi Parlimen Kuala Terengganu terbatal.

Dan ianya mengikut Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Namun begitu, pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu telah diadakan dan Ahmad Amzad telah memenanginya semula.



Implikasi Keputusan Mahkamah Pilihanraya Terhadap PAS

Selain dari 2 pembatalan keputusan PRU 15 yang membabitkan calon PAS, terdapat satu lagi kes yang sedang dalam rayuan pembatalan keputusan PRU 15.

Ianya membabitkan presdien PAS sendiri, Hadi Awang, yang memenangi kerusi parlimen Marang.

Sekiranya keputusan mehkamah tidak memihak kepada Hadi Awang, PAS mempunyai 3 keputusan PRU 15 yang disahkan oleh mahkamah dimenangi dengan melakukan jenayah rasuah.

Sama ada PAS akan memenangi semula atau tidak selepas pilihanraya kecil diadakan, ianya tidak menjadi isu.



Yang menjadi isu adalah bagaimana parti yang mendakwa memperjuangkan Islam boleh terlibat dengan jenayah rasuah?

Adakah pemimpin PAS sudah menghalalkan jenayah rasuah yang secara jelas diharamkan oleh agama Islam?

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button