BNM kekalkan OPR pada 3 peratus

Oleh – Syeikh Baran


BNM kekalkan OPR pada 3 peratus
Gambar Hiasan

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Keputusan mengekalkan kadar penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di negara itu diputuskan pada mesyuarat MPC BNM yang berlangsung hari ini.



Kadar penanda aras yang menjadi rujukan kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu dikekalkan sehingga kini selepas kenaikan pertama diumumkan pada Mei tahun lalu sebanyak 25 mata asas kepada 3 peratus.

Pada Januari sehingga Mac 2023, OPR dikekalkan pada kadar 2.75 peratus selepas empat kenaikan berturut-turut bermula Mei, Julai, September dan November 2022, dengan masing-masing meningkat 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Mesyuarat MPC seterusnya akan diadakan pada 10 dan 11 Julai.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading