Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media

 

Sebaik sahaja saksi pendakwaan ke 50 yang juga merupakan saksi penting perbicaraan kes 1MDB, Jasmine Loo, memberikan keterangan, media massa mula memainkan peranan.

Norlizah Abas dari Utusan Malaysia memberikan lapuran dengan tajuk Jho Low Proksi Najib.



The Star pula memberikan lapuran dengan tajuk Jho Low Was Seen As Najib’s Proxy.

V Anbalagan dari Free Malaysia Today pula memberikan lapuran dengan tajuk Jho Low Appeared To Be Najib’s Proxy, Witness Tells Court.

Kalau hanya dibaca dari tajuk yang diberikan, naratif yang akan timbul adalah Jho Low bersekongkol dengan DS Najib.

Persoalannya, apakah benar kenyataan yang diberikan oleh Jasmine Loo di dalam mahkamah?



Bila diteliti kandungan lapuran yang telah dilapurkan, ternyata ianya tidak seperti yang digambarkan dalam tajuk lapuran media.

Faktanya adalah, Jho Low adalah seorang conman.

Beliau memperdaya semua yang mempunyai kuasa di 1MDB bahawa beliau adalah proksi DS Najib.

Adakah Jasmine Loo telah membuktikan kepada mahkamah bahawa DS Najib telah melantik Jho Low sebagai proksi beliau?



Atau kenyataan yang dibuat oleh Jasmine Loo itu hanyalah andaian yang berdasarkan hearsay.

Apakah implikasi tajuk lapuran yang diberikan oleh media massa?

Sebenarnya telah terlebih dahulu mensabitkan kesalahan ke atas DS Najib sebelum mahkamah membuat keputusan.

Ramai pembaca yang hanya akan melihat kepada tajuk tanpa membaca isi kandungan sepenuhnya.



Dan selepas itu, mereka akan membuat kesimpulan sendiri tanpa menyemak fakta yang sebenar.

Jasmine Loo adalah sekutu rapat Jho Low dan sudah tentu Jasmine Loo tahu kedudukan sebenar Jho Low.

Apabila ditanamkan naratif Jho Low adalah proksi DS Najib, konklusinya adalah DS Najib yang mengarahkan Jho Low untuk membuat penyelewengan.

Maka ini membuktikan bahawa DS Najib adalah perancang utama penyelewengan dana 1MDB, walau pun sebenarnya Jasmine gagal membuktikan Jho Low adalah proksi DS Najib.



Masyarakat akan mensabitkan kesalahan ke atas DS Najib sebelum mahkamah membuat keputusan.

Strategi Yang Sama Dalam Perbicaraan Kes SRC

Inilah sebenarnya yang berlaku sepanjang perbicaraan kes SRC yang membabitkan DS Najib.

DS Najib sudah pun disabitkan kesalahan oleh masyarakat sebelum prosiding di mahkamah berakhir.

Masyarakat akan mengenepikan segala kepincangan perbicaraan kerana dalam pemikiran mereka, DS Najib sememangnya bersalah.



Dan ianya dilakukan semata-mata kerana lapuran berat sebelah yang dibuat oleh media massa.

Lebih menyedihkan, masyarakat yang telah diindoktrinasikan DS Najib bersalah, membantah pengampunan ke atas DS Najib.

Fakta dan alasan permohonan pengampunan yang dikemukakan ditolak bulat-bulat dari pertimbangan masyarakat.

Dan pemimpin UMNO serta penyokong DS Najib tidak berusaha untuk membetulkan keadaan.

Yang mereka laungkan adalah kembalikan DS Najib kepada keluarga beliau, berikan pengampunan penuh kepada DS Najib.

Proses merasionalisasikan keputusan berat sebelah yang tertanam diminda masyarakat diabaikan.

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading