Hanya Berlaku Di Negeri Melayu Isley PAS

@cinta_di_jalan_allah

#nextstepmalaysia #politikmalaysiakini #fyp #fypシ

♬ bunyi asal – Berjuang DiJalan Allah🇲🇾❤️💙 – Berjuang DiJalan Allah🇲🇾❤️💙

Hanya Berlaku Di Negeri Melayu Isley PAS

 



Berlaku di negeri Melayu Isley PAS Kelantan, sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) Pasir Pekan, sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Muhammad Nursalam Hazeman, yang merupakan seorang warden merogol 2 orang murid perempuan.

Seorang berumur 13 tahun (3x kali rogol) dan seorang lagi berumur 14 tahun (4 kali rogol dan 2 kali liwat).

Syaitan bertopengkan manusia ini menjadi warden di Asrama Perempuan.



Salah satu kejadian rogol berlaku dalam bilik warden (dalam asrama perempuan).

Beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas dengan hukuman 9 tahun penjara dan 8 kali sebatan.

Syaitan yang bertopengkan manusia ini didakwa dibawah Kanun Keseksaan.

Bukan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 (di mana denda maksimun hanya 3 tahun penjara).



Amat tidak patut seorang yang diberi kepercayaan sebagai warden di Sekolah Perempuan berasrama penuh melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Ianya dilakukan di pejabat warden pula dan di dalam pagar asrama.

Perkara itu berlaku di Kelantan dan sekolah tersebut adalah di bawah seliaan penuh kerajaan Kelantan.

Memang agak menghairankan bagaimana beliau hanya dikenakan hukuman 9 tahun penjara sahaja.



Enakmen Kanun Jenayah Kelantan Menggalakkan Jenayah

 

Kerajaan pernah mengumumkan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya mahkamah tiada pilihan untuk menggunakan seksyen lain bagi mengurangkan hukuman.

Penulis tidak pasti sama ada ianya sudah dipinda atau belum.

Namun mengikut seksyen yang sedia ada, hukuman bagi kesalahan rogol boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan 20 sebatan.



Dalam menjatuhkan hukuman, kelazimannya mahkamah akan menjatuhkan hukuman berdasarkan berapa kali jenayah rogol dilakukan.

Bukan mempertikaikan hukuman yang sudah dijatuhkan, tetapi pihak Peguam Negara patut membuat rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan.

Mengapa jenayah seksual di Kelantan semakin meningkat berbanding di negeri lain?

Mungkin sebelum Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibatalkan, penjenayah menganggap Kelantan sebagai tempat yang paling selamat.



Bayangkan mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, kesalahan rogol hanya boleh dihukum tidak lebih dari 3 tahun penjara.

Pastinya perogol akan tersenyum panjang ketika hakim menjatuhkan hukuman.

 

Hanya Berlaku Di Negeri Melayu Isley PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading