Masih Ingat Formula Bila Najib Turun?

Masih Ingat Formula Bila Najib Turun?

Masih Ingat Formula Bila Najib Turun?

Tentu kita masih ingat lagi di dalam kempen PRU 14, semua serangan pihak pembangkang ketika itu tertumpu ke arah perdana menteri, DS Najib Razak.

DS Najib punca kepada kemelesetan ekonomi, punca kepada kenaikan harga barang.

DS Najib punca kepada nilai Ringgit turun dan pelbagai tuduhan liar yang lain.



Paling memeningkan kepala rakyat bila dikatakan ketika itu negara sudah berada di ambang muflis kerana DS Najib.

Malah dikatakan juga, DS Najib menzalimi rakyat dengan sistem cukai GST sebanyak 6% yang dikenakan.

Ramai yang mengamuk dan berdemonstrasi membantah GST, walau pun tidak tahu apa sebenarnya GST.

Lalu muncullah ‘hero Malaya’ dengan pelbagai formula kononnya untuk menyelamatkan rakyat dan negara.



The so called ‘hero Malaya’ memberikan pelbagai formula yang dikatakan pasti menyelesaikan masalah dengan syarat DS Najib mesti dijatuhkan.

Tetapi kini, selepas hampir 6 tahun DS Najib dijatuhkan dan satu tahun setengah DS Najib dipenjarakan, sudahkah berkesankah formula ‘hero Malaya’?

Sudah turunkah hutang luar negara?

Sejak DS Najib dijatuhkan, hutang negara bukan semakin turun, tetapi naik hingga melebihi paras 100% berbanding di era DS Najib!!!

Sudah naikkah nilai matawang Ringgit di pasaran matawang antarabangsa?

Sejak DS Najib dijatuhkan, nilai matawang Ringgit semakin mengalami susut nilai.



Malah kini nilai Ringgit telah menjunam ke paras yang paling teruk di dalam sejarah!!!

Sudah hapuskah TOL di Malaysia?

Sejak DS Najib dijatuhkan, bukan sahaja TOL tidak dihapuskan, malah konsesi TOL telah dilanjutkan hingga berpuloh tahun!!!

Sudah turunkah harga kereta di pasaran tempatan?

Sejak DS Najib dijatuhkan, jangan kata hendak turunkan harga kereta, malah hendak kekalkan harga kereta di era DS Najib juga tidak mampu!!!

Sudah turunkah kadar cukai yang dikenakan?

Sejak DS Najib dijatuhkan, memang sistem cukai GST sebanyak 6% telah dimansuhkan.



Tetapi ianya digantikan dengan sistem cukai yang lebih menekan kehidupan rakyat.

Bayangkan cukai GST 6% digantikan dengan cukai jualan 10%.

Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan cukai perkhidmatan 8%, cukai LGVT 10% dan cukai CGT 10%.

Berapa banyak cukai dahhh!!!



Bukankah the so called ‘hero Malaya’ sekarang ini sudah menjadi menteri yang menjaga ekonomi negara?

Tapi jangan marah dia sebab mungkin jin formula yang dia bela dah bosan dengan asap kemenyan yang dia gunakan.

Cuba bagi kemenyan baru, pasti jin formula dia akan datang balik dengan formula-formula yang baharu

.



Masih Ingat Formula Bila Najib Turun?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button