Jangan Di Keruhkan Air Yang Jernih

Jangan Di Keruhkan Air Yang Jernih

Jangan Di Keruhkan Air Yang Jernih

Ketika kerajaan sedang berusaha untuk memberikan keyakinan kepada masyarakat Melayu terhadap DAP, segelintir pemimpin DAP dilihat seolah-olah cuba membunuh keyakinan tersebut.

Bukan mudah untuk masyarakat Melayu mengindoktrinasikan doktrin anti DAP yang telah ditanam selama berdekad lamanya oleh Dr Mahathir.

Sekiranya kerajaan sekarang berjaya menyahkan indoktrinasi anti DAP di kalangan masyarakat Melayu, negara akan menikmati kestabilan politik dan keharmornian kaum.

Pakatan Harapan, terutamanya DAP memiliki sokongan 97% dari kalangan masyarakat bukan Bumiputera.



Manakala UMNO pula pernah memiliki lebih dari 80% sokongan dari masyarakat Bumiputera, terutamanya Melayu.

Tetapi kerana dasar pecah dan perintah Dr Mahathir, 80% sokongan masyarakat Bumiputera terhadap Melayu kini telah menyusut dengan teruk.

Namun begitu, walau pun Pakatan Harapan memiliki sokongan 97% dari kalangan bukan Bumiputera, tanpa sokongan masyarakat Bumiputera, mereka tidak akan mampu membentuk kerajaan sendirian.

Ini terbukti di dalam PRU 14 dan PRU 15.



Apakah Ada Asas Kampung Baru Cina Mahu Di Isytihar Sebagai Tapak Warisan UNESCO?

Jangan Di Keruhkan Air Yang Jernih (1)

 

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, telah mengejutkan banyak pihak.

Secara tiba-tiba, beliau mengemukakan cadangan untuk mencalonkan semua kampung baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO.

Cadangan beliau telah menerima banyak kecaman dari pelbagai pihak, termasuk UMNO.

Apa yang mahu penulis bahaskan ialah, adakah cadangan yang dikemukakan oleh Nga Kor Ming itu berasas?

Layakkah kampung baru Cina di Selangor dicalonkan sebagai tapak warisan UNESCO?

Apa Itu UNESCO?

Jangan Di Keruhkan Air Yang Jernih (2)

 

UNESCO adalah singkatan dari United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization dan bernaung di bawah United Nation (Bangsa Bangsa Bersatu).

UNESCO telah ditubuhkan pada tahun 1945.

Matlamat penubuhan UNESCO adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

Antara aktiviti UNESCO adalah mengadakan perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi.

Tapak Warisan Dunia UNESCO pula adalah tempat-tempat khusus seperti hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar yang dicalonkan.

Dan ia telah mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.

Program ini bertujuan mengkatalog, menyenarai, menama dan mengabadikan tapak-tapak ulung warisan budaya atau warisan semula jadi penting demi warisan sejagat.

Syarat Untuk Di Iktiraf Sebagai Tapak Warisan UNESCO

Tapak-tapak warisan ini boleh mendapat dana dari Dana Warisan Dunia di bawah syarat-syarat tertentu.

Tapak yang dicalonkan mesti mempunyai nilai sejagat luar biasa serta memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada sepuluh kriteria utama:

  1. Melambangkan mahakarya yang mencerminkan daya kreatif dan kecerdasan manusia serta nilai yang berpengaruh secara signifikan terhadap budaya
  2. Menunjukkan keutamaan pada nilai kemanusiaan yang tidak berubah selama berkurun-kurun waktu tertentu dalam hal seni bina, teknologi, seni monumental, tatakota atau reka bentuk muka bumi
  3. Mengandung perincian atau bukti bahwa pernah ada ritual peradaban pada masa lampau yang tersisa atau telah lenyap
  4. Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah bangunan, seni bina atau teknologi yang memiliki penggambaran tentang tahapan penting dalam sejarah peradaban manusia
  5. Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah tempat tinggal, tanah, atau perairan yang dapat melambangkan budaya atau interaksi manusia dengan lingkungan, khususnya yang masih terpelihara terhadap perubahan zaman yang signifikan
  6. Memiliki kaitan yang erat pada suatu peristiwa atau tradisi tertentu, dari sisi pemikiran, kepercayaan, artistik dan sastera
  7. Mengandungi fenomena alam luar biasa atau memiliki keindahan alam dan nilai estetika langka
  8. Ada kepentingan yang melambangkan tahapan utama dalam sejarah Bumi termasuk usia, perubahan geologis, perubahan tanah, simbol geomorfik atau fisiografik yang khas
  9. Adanya ciri utama yang memiliki peranan penting secara ekologi dan biologi terhadap evolusi dan perkembangan pola tanah, air, terumbu karang
  10. Mengandung habitat alami yang berperanan penting dalam pemuliharaan in-situ untuk keragaman biologi, termasuk spesies yang diancam punah yang bernilai khas dari sudut pandang sains dan konservasi

Persoalannya, adakah kampung baru Cina di Selangor mempunyai salah satu dari sepuloh ciri yang disenaraikan?

Jika tidak, maka tidak mungkin ia boleh mendapat pengiktirafan sebagai tapak warisan UNESCO.

Dan, kalau sudah tahu tidak layak, mengapa cadangan ini mesti diketengahkan?

Janganlah dikeruhkan air yang kini sudah mula menampakkan kejernihannya.

 

Jangan Di Keruhkan Air Yang Jernih

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker