Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan, Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab?

Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan, Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab

Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan, Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab?

Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan membatalkan 16 peruntukan enakmen kesalahan jenayah Kelantan.

Keputusan dibuat oleh panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tengku Maimun dalam keputusan majoriti 8-1.

Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman telah mencabar perlembagaan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.



Mahkamah bagaimana pun hanya membenarkan 16 daripada 18 enakmen tersebut tidak sah.

Antara peruntukan yang dianggap tidak sah ialah:

  • Seksyen 11 – mengenai pemusnahan tempat ibadat
  • Seksyen 14 – mengenai liwat
  • Seksyen 17 – mengenai persetubuhan dengan haiwan
  • Seksyen 31 – mengenai gangguan seksual
  • Seksyen 34 – memiliki dokumen palsu dan memberi maklumat palsu
  • Seksyen 36 – mengenai mabuk (Seksyen 36)
  • Seksyen 42 – mengenai penyalahgunaan label halal

2 peruntukan yang ditolak mahkamah ialah:

  • Seksyen 13 – mengenai penyerahan anak kepada orang bukan Islam atau Muslim yang rosak akhlaknya
  • Seksyen 30 – mengenai perkataan yang boleh memecahkan keamanan

7 hakim lain yang menerima permohonan tersebut ialah:



  • Presiden Mahkamah Rayuan, Amar Abang Iskandar Abang Hashim
  • Hakim Besar Malaya, Mohamad Zabidin Mohd Diah
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Nallini Pathmanathan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mary Lim Thiam Suan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Harmindar Singh Dhaliwal
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Nordin Hassan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Abu Bakar Jais

Satu-satunya hakim yang memberikan penghakiman yang berbeza ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli.

Beliau berpendapat Nik Elin dan anaknya itu tidak memiliki locus standi untuk mencabar keabsahan enekmen berkenaan.

Penulis pernah mengupas siapa Nik Elin dan hubungan baik beliau dengan beberapa orang pemimpin polotik.

Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab?

Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan, Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab (1)



PAS seperti diduga, cuba mengambil kesempatan dari isu yang ada.

Mereka cuba memainkan watak terpaling Islam dengan mengajak rakyat berhimpun kononnya untuk bersolidariti.

Tetapi PAS lupa, ketika mereka berkuasa, mereka telah menjadi syaitan bisu ketika isu ini bermula.

Biar fakta menelanjangkan segala kemunafikan pemimpin PAS.



Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan, Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab?

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button